"Mungkin ini Ramadhan terakhir. Alangkah ruginya kita, Ramadhan sudah berlalu banyak kali tapi kita dan anak-anak mengaji Quran belum lancar. Teringin nak belajar.."
Sebagai ibu bapa, kami pun pernah rasa risau seperti anda. Tapi nak buat macam mana kan? Peluang setiap orang berbeza-beza. Kadang dah cuba, tapi asyik bertangguh langsung lupa.
Eloklah anda check 5 Masalah ini ada kaitan dengan diri anda atau anak-anak tak?
Sibuk bekerja, pergi pagi balik lewat petang. Tiada banyak masa pergi kelas mengaji khusus
Tiada ilmu yang cukup berkaitan tajwid Quran, tak dapat nak ajar anak-anak
Sudah boleh membaca sikit-sikit tapi masih merangkak dan sangkut-sangkut
Tiada orang yang sudi mengajarkan anda dan anak-anak secara khusus
Anda rasa segan kerana dah dewasa baru nak belajar mengaji dengan betul
Jika anda ada 5 Masalah seperti di atas ini, anda perlu terus berada dalam ini dan baca sampai habis mesej penting ini. Tetapi jika anda ada salah satu atau kesemua 5 Perkara di bawah ini ;
Telah menghafaz 30 juzuk Al Quran
Boleh membaca Al Quran dengan laju dan lancar
Mahir ilmu tajwid dan kenal sifat huruf
Boleh mengajar orang lain belajar mengaji Al Quran
Boleh membaca Al Quran sambil pejam mata tanpa silap
Anda mungkin tidak sesuai berada di sini, kerana kami nak bantu mereka yang baru nak belajar secara khusus mengaji Al Quran dengan betul dari asas hingga lancar.
Kelas Mengaji Online ini sesuai untuk siapa?
Ingin belajar mengaji Al Quran dari peringkat Asas
Ingin perbetulkan bacaan dengan tajwid dan sebutan huruf yang betul
Ingin melancarkan bacaan Al Quran dengan lebih yakin
Mendalami lebih banyak ilmu berkaitan Al Quran
Persediaan untuk menghadapi kematian dalam keadaan mahir membaca Al Quran dan mengajarkannya
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”
Jika anda masih berada di sini, kami anggap anda dan anak-anak memang ada kesungguhan nak belajar mengaji Al Quran secara step by step, satu demi satu huruf sehingga mahir cara sebutan huruf, tajwid sehingga mampu membaca sendiri dengan lancar dan betul.
Atau mungkin juga anda mencari alternatif untuk mengajarkan anak-anak anda belajar mengaji Al Quran secara bertahap dengan mudah, santai tapi faham (In shaa Allah).
Memperkenalkan KMO (Kelas Mengaji Online) bersama Genius Furqan.
Kelas mengaji online ini merupakan kelas pengajian berpandukan video yang dirakam khas untuk anda belajar dari Asas bacaan Al Quran sehingga peringkat Mahir. Bermula dengan Iqra' 1 sehingga 6, surah-surah lazim dalam Muqaddam dan seterusnya bacaan surah dalam Al Quran.
Baiklah, sebelum anda ketahui lebih lanjut KMO ini, boleh kami terangkan sedikit latarbelakang tenaga pengajar anda nanti?
Nama tenaga pengajar anda nanti adalah Ustazah Nurul Faizeen binti Abdull Latif. Beliau merupakan graduan daripada Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Pengajian Islam serta alumni Darul Quran.
Berpeluang mendalami ilmu Al Quran dengan ramai sheikh dan ulama' yang hebat dalam ilmu Al Quran, tafsir, lughah (bahasa) dan pelbagai lagi.
Berkemahiran dalam pengajaran dengan alat bantu belajar yang berkesan bagi memudahkan kelancaran bacaan Al Quran dengan cepat, mudah dan senang faham. Beliau juga merupakan tutor yang aktif menjalankan kelas mengaji secara hometutor atau secara online.
Sekarang ini, anda mesti nak tahu kan apa yang Ustazah Nurul akan bantu ajarkan anda mengaji nanti kan? Apa kelebihan belajar berpandukan KMO ni?
KELEBIHAN KMO GENIUS FURQAN
MESRA PELBAGAI PERINGKAT UMUR Isi pengajaran dalam video pengajian nanti bermula dari Asas dalam pembelajaran Al Quran sehingga peringkat Mahir. Sesuai dengan kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Walaupun anda dah dewasa, in shaa Allah mudah faham dengan teknik di ajar.
SILIBUS BERTAHAP Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Asas, Sederhana dan Mahir. Isi pengajaran ini diajarkan secara satu demi satu, diterangkan nama, sebab, kaedah sebutan yang betul dan sifat huruf. Sesuai dengan pelbagai tahap bacaan individu.
RAKAMAN VIDEO BERKUALITI Video KMO ini dirakam dengan kualiti yang baik bagi memudahkan anda lihat dan baca secara online dan boleh download. Paling bagus, anda boleh tengok video ini berkali-kali sehingga faham (in shaa Allah)
BAHAN RUJUKAN BAHAN BANTU BELAJAR Anda juga akan diberikan ebook bahan bantu belajar yang akan menjadikan proses pembelajaran lebih mudah dan senang difahami.
KELAS TAJWID BERKALA Ustazah Nurul akan mengaturkan kelas tajwid secara berkala untuk anda dapatkan input terbaik tentang cara mudah mengingati hukum tajwid dan sifat huruf.
KELAS MENGAJI LIVE BERSAMA USTAZAH NURUL & GURU JEMPUTAN Ada slot istimewa untuk anda belajar mengaji secara live bersama dengan Ustazah Nurul dan Guru Jemputan secara online saja. Ustazah akan bantu ajar dan perbetulkan bacaan anda secara live.
GROUP PERKONGSIAN ILMU AL QURAN EKSKLUSIF Anda akan diberikan akses ke Telegram Channel khas untuk mendapatkan perkongsian santai mengenai pengajian Al Quran bersama Ustaz dan Ustazah pilihan.
ANTARA VIDEO YANG ANDA AKAN DAPAT NANTI
Iqra' 1 - 8 video pengajian Iqra' 2 -8 video pengajian Iqra' 3 - 8 video pengajian Iqra' 4 - 8 video pengajian Iqra' 5 - 8 video pengajian Iqra' 6 -8 video pengajian
Total = 48 video pengajian khusus Iqra' 1 hingga Iqra' 6 Tempoh Masa = 15 hingga 20 minit / video atau 120 minit hingga 160 minit / 1 Iqra' Total Tempoh Masa Video Pengajian = 720 minit - 960 minit untuk 6 Iqra'
Bermakna anda hanya perlu belajar selama 16 jam untuk habis 6 Iqra'. Tak sampai sehari pun.
Anda boleh khususkan pengajian anda atau anak-anak sehari 1 video sahaja (15 - 20 minit) . Dalam sebulan 18 harihabis 6 Iqra' semuanya.
Kemudian anda boleh upgrade untuk ke kelas seterusnya Peringkat Muqaddam dan Pengajian Al Quran Bertajwid.
Anda dah sedia nak diri dan anak-anak anda belajar membaca Al Quran dengan betul dan mudah?
Usah bertangguh lagi kali ini, pilih pakej pengajian anda sekarang. Kami akan bantu sebaik mungkin agar lebih ramai orang mahir membaca Al Quran dengan betul, mudah dan lancar.
Mereka yang meninggal ketika keluar dari rumah untuk menuntut ilmu. Sabda Rasulullah "Barangsiapa yang keluar dari rumahnya, dia berada fi sabilillah sehingga dia pulang ke rumahnya semula".(At Tarmizi)
PILIH PAKEJ PENGAJIAN ANDA DI BAWAH SEKARANG. BAYARAN DIKENAKAN HANYALAH UNTUK MENAMPUNG KOS PEMBINAAN PLATFORM PENGAJIAN YANG LEBIH BAIK SERTA KEBAJIKAN TENAGA PENGAJAR.
========================= HARGA PAKEJ KMO DISKAUN 50% PROMOSI RAMADHAN =========================
Saya ni dah warga emas, boleh ke nak belajar mengaji lagi? Boleh, in shaa Allah cara penyampaian kami santai dan mudah difahami.
Saya dah lama tak baca Quran, macam mana nak start balik? Boleh belajar dengan KMO, anda akan diajar dari asas mengikut kaedah yang betul
Saya bukan background agama, macam mana nak ajar anak saya mengaji? Video-video dalam KMO akan bantu ajarkan anak-anak anda secara berperingkat dengan mudah dan menyeronokkan.
Kalau orang bukan Islam, boleh tak nak belajar juga? Boleh, tiada masalah cuma perlu mengetahui beberapa tatatertib (adab) ketika membaca Al Quran.
Saya beli satu set Iqra 1 -6 kemudian kongsi dengan semua anak-anak saya boleh? Boleh, cuma terhad untuk pasangan dan anak-anak anda sahaja. Tidak dibenarkan berkongsi dengan orang lain atau saudara-mara anda yang lain.